Friday 22 May 2015

Isipadu Cecair

Dalam bidang matematik, cecair diukur dalam 2 bentuk unit pengukuran iaitu unit piawai dan unit bukan piawai. Unit piawai adalah seperti liter dan milliliter. Manakala bagi unit bukan piawai pula adalah seperti, setitik, secawan dan sebaldi. Unit bukan piawai adalah mengikut alat pengukurannya. Contohnya, jika sudu diguna sebagai alat ukuran, unitnya adalah setengah sudu, sesudu, dua sudu dan seterusnya. Unit-unit bukan piawai ini masih lagi digunakan pada hari ini. Contoh yang paling mudah ialah jumlah pengambilan ubat cecair dan sukatan beras untuk memasak nasi. Dalam pendidikan disekolah, ilmu pengetahuan dan kemahiran mengukur isipadu cecair adalah amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Atas kesedaran ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat Perkembangan Kurikulum telah memasukkan “isipadu cecair” sebagai salah satu topik dalam matapelajaran matematik di tahun dua sampai tahun 6. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mengukur isipadu cecair apabila mereka tamat di alam persekolahaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair, kemahiran mengukur, pengajaran harus lah tersusus dari mudah ke susah. Ini bermakna sebelum mengajar kemahiran mengukur, murid-murid harus diajar perbandingan isipadu cecair, iaitu, banyak, sedikit, separuh, penuh dan kosong. Peringkat seterusnya, murid-murid harus diberi kemahiran menyukat dengan menggunakan unut bukan piawai dengan menggunakan sudu, cawan, dan sebagainya.



Sekarang....jom uji kefahaman anda

1560 ml  = --------------- l
750 l  =  ------------ l
1.42 / = ------------ ml
1.2 / =  ------------ ml

dan jom singgah contoh-contoh isipadu air yang ada 

dalam kehidupan seharian kita.

klik pada link di bawah....

http://www.teachingideas.co.uk/maths/files/volumepageborder.pdf

1 comment :

  1. How to bet on sports toto
    › sports-toto-bet- › sports-to-bet- Nov 20, 2021 — Nov 20, 2021 Betting on sports toto allows you to bet on sports from anywhere. Get the latest odds and how to bet on sports from the comfort of your home 토토사이트

    ReplyDelete