Saturday, 23 May 2015
Friday, 22 May 2015
Penukaran Unit Liter ( l ) kepada Mililiter ( ml )

jom kita belajar cara penukaran unit liter kepada mililiter
tapi sebelum itu kita kena tahu konsep dia dulu.......

penukaran unit liter kepada mililiter mesti didarabkan dengan 1000
contoh : 1 liter X 1000 = 1000 ml
oleh itu
= 1.8 l = 1 l + 0.8 ml
= 1000 ml + 800 ml ( sebab 0.8 x 1000 = 800 ml )
= 1800ml
ataupun kita juga boleh guna cara ini
= 1000 ml + 800 ml
= 1800 ml
oleh itu
= 1.8 l = 1 l + 0.8 ml
= 1000 ml + 800 ml ( sebab 0.8 x 1000 = 800 ml )
= 1800ml
ataupun kita juga boleh guna cara ini
= 1000 ml + 800 ml
= 1800 ml
liter
|
Milliliter
|
1
|
1000
|
0.8
|
800
|
atau cara yang mudah sekali
jika darab gerakkan titik perpuluhan ke kanan sebanyak 3 kali.
setiap lengkungan yang kosong itu isikan dengan nombor sifar ... 000......
Penukaran Mililiter ( ml ) kepada Liter ( l )

Bagi penukaran unit Mililiter (ml ) kepada Liter
( l ) pula mestilah dibahagikandengan 1000
jom kita lihat contoh di bawah
1)1800 ml = .............
1000 ml = 1 l
800 ml out of 1000 ml 800
1000
800 = 0.8
1000
1000
800 ml = 0.8 l
2) 1800 ml daripada 1000 ml adalah 1800
1000
1800
1000 = 1.8
1800 ml = 1.8 l.
selain itu juga, kita guna kaedah gerakkan titik perpuluhan kekanan ( keluar ) dan mililiter kepada liter
" Kita gerakkan pula titik perpuluhan ke kiri ( masuk kedalam )sebanyak 3 kali juga dan setiap lengkungan itu kita letak nombor sifar.....000....?????
1800 m l kepada l
1.8 l
jom kita buat latihan ml ke l
klik web ini
Isipadu Cecair
Dalam bidang matematik, cecair diukur dalam 2 bentuk unit pengukuran iaitu unit piawai dan unit bukan piawai. Unit piawai adalah seperti liter dan milliliter. Manakala bagi unit bukan piawai pula adalah seperti, setitik, secawan dan sebaldi. Unit bukan piawai adalah mengikut alat pengukurannya. Contohnya, jika sudu diguna sebagai alat ukuran, unitnya adalah setengah sudu, sesudu, dua sudu dan seterusnya. Unit-unit bukan piawai ini masih lagi digunakan pada hari ini. Contoh yang paling mudah ialah jumlah pengambilan ubat cecair dan sukatan beras untuk memasak nasi.
Dalam pendidikan disekolah, ilmu pengetahuan dan kemahiran mengukur isipadu cecair adalah amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Atas kesedaran ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat Perkembangan Kurikulum telah memasukkan “isipadu cecair” sebagai salah satu topik dalam matapelajaran matematik di tahun dua sampai tahun 6. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mengukur isipadu cecair apabila mereka tamat di alam persekolahaan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair, kemahiran mengukur, pengajaran harus lah tersusus dari mudah ke susah. Ini bermakna sebelum mengajar kemahiran mengukur, murid-murid harus diajar perbandingan isipadu cecair, iaitu, banyak, sedikit, separuh, penuh dan kosong. Peringkat seterusnya, murid-murid harus diberi kemahiran menyukat dengan menggunakan unut bukan piawai dengan menggunakan sudu, cawan, dan sebagainya.


Sekarang....jom uji kefahaman anda
1560 ml = --------------- l
750 l = ------------ l
1.42 / = ------------ ml
1.2 / = ------------ ml
dan jom singgah contoh-contoh isipadu air yang ada
dalam kehidupan seharian kita.
klik pada link di bawah....
http://www.teachingideas.co.uk/maths/files/volumepageborder.pdf
Pengenalan Matematik
PENGENALAN
Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol.
Matematik adalah sains pemerhatian, jumpaan, ramalan/jangkaan dan penyeledikan yang merupakan sebahagian dari kaedah sains tulin. Cuba jaya, hipotesisi dan penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian dari seni matematik yang patut diajar di sekolah. Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi penggunaan matematik. Makmal matematik selalunya mempunyai alatan seperti penimbang, kayu atau pita pengukur, blok atau bongkah kayu, baling bagi menyukat isipadu cecair, jangka lukis, jangka sudut dan sebagainya. Justeru itu kalkulator dan komputer juga patut ditempatkan dalam makmal matematik kerana ia adalah sebahagian daripada alatan yang perlu dewasa ini. Ia juga adalah punca data (scientific experiments, demographic data, opinion polls), bahan bagi pemerhatian dan pengukuran (dice, blocks,balls) dan alat bagi pembinaan (pembaris, string, jangka lukis, dan kertas graf).
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)